♔The Keciks♔™


ENTRY ABOUT LINKS FCBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW

Siapakah Pengganti Mu ?
Cuaca yang baik sekali untuk melepaskan apa yang sudah lama terbuku dihatiku . Aku masih merasakan diri aku semakin lemah ketiadaanmu . Jika aku diberi peluang hanya yang aku mahu ialah menatap wajahmu untuk kali terakhir dan selama-lamanya . Namun apakan daya , masa pantas berlalu , tidak dapat diputarkan ke belakang kembali . Yang pergi tetap pergi , yang hidup meneruskan kehidupan seharian seperti bahagia .

Kehadapan arwah rakan baikku selama ini , - Aliff Haikal B. Hashim .

            Sudah melebihi 7 bulan kau meninggalkanku sendirian tanpa dirimu . Mengapa kau mesti pergi ? Mengapa kau tidak membawa diriku sekali ? Mengapa kau tinggalkanku sendirian di alam fana yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini ? Kau telah berjanji padaku agar sentiasa melindungiku dan berada disisiku , tidak kira aku berduka atau bahagia .  Mengapa kau harus pergi dulu ? Siapa yang akan menggantimu ? Dalam diam aku menyayangi dirimu , dalam diam aku perhatikan mu , dalam diam aku mengambil berat tentang dirimu . 

            Aku belum puas menatap wajahmu . Aku belum puas berkata-kata denganmu . Tetapi aku puas kerana kau adalah rakan baikku yang sering ada bersamaku . Lumrah kehidupan mengatakan bahawa perempuan dan lelaki tidak boleh menjadi "kawan" . Tapi bagiku , kau adalah seorang ketua , abang dan rakan baikku . Aku terseksa dengan ketiadaan dirimu . Siapa yang sanggup melayani kerenahku ? Siapa yang memujukku ketika aku berduka ? Siapa yang membimbingku apabila aku terserong daripada jalan yang lurus ? 

           Siapa yang kau hantar sebagai penggantimu ? Masih adakah lelaki sepertimu yang mampu melayani diriku ini ? Terluka . Pedih hati . Hancur perasaanku , setelah mengetahui keadaan dirimu .
Aku kesal kerana tiada di sisimu apabila kau melepaskan nafas terakhirmu . Apabila aku terluka atau berduka , aku hanya dapat menatap wajahmu melalui gambar . Tapi aku tidak dapat berkata-kata dengan mu . Aku tidak dapat meluahkan apa masalahku secara berhadapan . Dua bulan aku merana ketiadaanmu . Aku keliru . Fikiranku bercelaru , sering mengingati wajahmu .

           Baru aku sedar bahawa kau amat berharga bagi diriku . Aku sedar ketiadaanmu amat memilukan hatiku . Redha apabila kau pergi adalah saat yang paling sukar untuk aku terima .
Aku masih beranggapan bahawa kau masih ada , sentiasa datang menemaniku . Tapi pada realitinya , semuanya adalah bayangan semata-mata . 


# 27.3.2013 - Al-fatihah kepada Aliff Haikal B. Hashim 


* Hargailah orang disekelilingmu . Apabila dia meninggalkan kita untuk selamanya , sebenarnya amat perit rasanya . Sekian . Assalammualaikum :)

0 comment[s] | back to top